-
Emas kali inflasi: Sejak zaman Baginda Rasulullah SAWAW, nilai emas masih kekal sehingga kini. Pada zaman Rasulullah SAWAW, nilai seekor kambing biri-biri dewasa adalah 1 dinar. Pada tahun 2024, harga kambing biri-biri dewasa masih sama iaitu 1 dinar dengan nilai Ringgit sekitar RM 1400.
-
Membeli emas dapat elak kebocoran wang: Wang kertas sangat mudah dibelanjakan berbanding emas. Apabila kita tukar wang kertas kepada emas maka ia dapat mengekang sifat boros. Emas boleh di pajak atau di jual semula apabila kita terdesak hendak menggunakan wang.
-
Menyimpan emas menanam sikap suka menabung: Apabila sudah mula simpan emas kita akan sentiasa mahu menambah jumlah emas simpanan kita.
-
Simpan emas tidak menjadikan kita miskin: Orang kata simpan emas ini adalah orang kaya. Anda tidak perlu tunggu kaya baru nak simpan emas kerana emas boleh dibeli serendah 0.1gram. Beli emas tidak menjadikan anda miskin.
-
Jangan biarkan kekayaan kita dirompak: Kita merasakan dengan duit kertas didalam bank menjadikan kita kaya tetapi sebenarnya kekayaan kita dirompak secara senyap. Kalau kita simpan emas sudah pasti nilainya akan meningkat saban tahun berbanding duit semakin susut nilainya.
-
Emas tiada luput tarikh: Kelebihan simpan emas anda tidak perlu bimbang luput tarikh dan nilai semakin negatif. Nilai emas akan meningkat seiring dengan tahun. Emas tidak rosak ditelan zaman. Berbeza dengan kereta dan rumah, semakin lama ia terbiar, maka semakin buruk dan rosak harta tersebut.
-
Emas adalah simpanan untuk dilupakan: Berbeza dengan wang yang disimpan amat mudah untuk digunakan. Emas sukar untuk dibelanjakan terus kerana memerlukan usaha untuk menjual / memajak terlebih dahulu. Maka menyimpan emas amat sesuai untuk tujuan simpan dan lupakan. Kalau beli hari ini jual esok sekali pun anda akan rugi. Tujuan beli emas adalah untuk simpan. Beli banyak ketika murah dan jual ketika harga naik.
-
Emas adalah aset pelaburan: Anda boleh mula dengan kos rendah simpan emas serendah 1gram dan ditambah dari semasa ke semasa. Ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang amat berbaloi.
Harga emas kian meningkat. Jangan tunggu lama-lama…
Reviews
There are no reviews yet.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.