SKU: VIT E KAPSUL

RM40.00RM100.00

KAPSUL VITAMIN E (70 Kapsul) D-ALPHA TOCOTRIENOLS

 

KAPSUL VITAMIN TOCOTRIENOL KELUARAN BKNETWORK (70 KAPSUL)
1000mg / capsule

D-Alpha Tocotrienols adalah ekstrak daripada minyak kelapa sawit dan merupakan form of Vitamin E yang paling cepat diserap pada tubuh dengan kesan anti-oksidan yang tinggi berbanding vitamin E lain seperti d-alpha tocopherols yang banyak dipasaran.

D-Alpha tocopherol adalah ekstrak vitamin E daripada bunga matahari atau gandum. Yang ini walaupun ada khasiat vitamin E, biasanya akan datang bersama dengan kesan sampingan lain secara long term effect kerana diekstrak daripada minyak yang tidak sihat untuk tubuh badan.

Jadi bermula daripada hari ini, anda semua boleh amalkan Vitamin E keluaran kami dan InsyaALLAH stok akan konsisten ada.

Kapsul Vitamin E ini saya sekeluarga sendiri amalkan sudah bertahun lama dan kami jual semula kepada anda apa yang kami sendiri amalkan. InsyaALLAH keberkesanan kapsul ini telah terjamin sepanjang kami amalkan memang berkesan dan tiada kesan sampingan.

Kesan ketara yang dapat dilihat adalah tona kulit menjadi sekata, kulit menjadi lebih mulus, badan bebas daripada radikal dan radiasi serta imun tubuh menjadi lebih kuat. Alhamdulillah…

 

Apa kebaikan dan kepentingan utama Vitamin E?

1. Menjadi anti-oksidan terbaik bagi kulit anda. Jika kulit tidak mulus, banyak parut, banyak kesan luka, warna tak sekata dan sebagainya, maka amalkan lah Vitamin E InsyaALLAH kulit anda kembali mulus.
2. Vitamin E juga menjadi pelindung sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas dan daripada kesan radiasi gadjet yang anda gunakan seharian. Semakin tnggi kadar penggunaan gajet seseorang, maka semakin tinggi kadar Vitamin E yang dia perlukan bagi mengelakkan sel-sel tubuhnya menjadi keradangan.
3. Vitamin E juga menjadi penyokong kesihatan jantung dan menstabilkan peredaran darah anda.
4. Vitamin E juga menguatkan imun tubuh badan anda daripada terkena penyakit.
5. Vitamin E juga penting bagi orang yang mengalami masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, kurap, kayap, gatal kulit dan lain-lain masalah pada kulit.
6. Bagi yang mengalami kulit kering, skin dehydrated juga penting mengamalkan Vitamin E untuk kelembapan kulit yang berpanjangan.
7. Terutama yang nak keluar negara, menunaikan Umrah atau pergi Arbain, Vitamin E sangat-sangat penting diambil banyak setiap hari bagi ketahanan kulit tubuh berhadapan perubahan cuaca drastik.

InsyaALLAH jom sama-sama amalkan…

Kapsul dan isi kandungan ditanggung HALAL keluaran tempatan.

 

Dos amalan secara umum untuk dewasa adalah;

Pagi:
* Kapsul vitamin E 2 biji
* Kapsul Habba Sauda 2 biji
* Kapsul Minyak Zaitun 2 biji

Malam sebelum tidur:
* Kapsul vitamin E 1 biji
* Kapsul Habba sauda 1 biji
* Kapsul Minyak Zaitun 3 biji

Dengan dos secara umum di atas, InsyaALLAH tubuh anda akan terjaga dan terpelihara daripada pelbagai jenis penyakit dan gangguan makhluk halus. Kesihatan anda juga akan bertambah baik dan penyakit yang ada akan semakin pulih.

NOTA: Untuk kanak-kanak dibawah 15 tahun boleh amalkan 1 biji sehari pada waktu pagi sahaja untuk ketiga-tiga jenis kapsul. Produk ini tidak boleh diamalkan oleh kanak-kanak yang belum boleh menelan kapsul.

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Share with friends and family!