COMBO SIHAT KURUS RAMADHAN

RM250.00

COMBO SIHAT DAN KURUS RAMADHAN

COMBO SIHAT & KURUS RAMADHAN

COMBO ini mengandungi produk berikut:

3pcs MCT oil
2pcs Habba Sauda 100ml
1pcs Minyak Zaitun Zayt Zaynab 250ml
1pcs Sambal Sihat bk
1pcs Cili Oil bk

 

CARA PENGGUNAAN:

SAHUR

  1. Minum Minyak Zaitun & Habba Sauda 2 – 3 sudu.
  2. Minum MCT Oil 4-5 sudu atau 30-35 picit.
  3. Setelah mengambil kedua minyak terbabit, boleh makan sedikit kurma atau buah dan minum air putih segelas sahaja.
  4. Elakkan minum air berlebihan pada waktu sahur untuk mengelakkan dehidrasi.

MCT Oil perlu diambil lebih banyak berbanding minyak lain semasa sahur bagi membantu tubuh membakar lemak dibadan pada siang hari. Tanpa MCT Oil, tubuh akan cepat lesu, metabolisma menurun, badan kekurangan tenaga dan pembakaran lemak jadi lebih lambat. Anda TIDAK perlu makan nasi berlauk semasa sahur. Cukup dengan sahur seperti yang kami sarankan ini sudah memadai untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan dalam keadaan tubuh boleh membakar lemak.

 

BERBUKA PUASA

  1. Mulakan dengan memakan tamar atau kurma 3 biji atau buah-buahan.
  2. Kemudian minum air putih 1 atau 2 gelas.
  3. Kemudian makan nasi dan lauk pauk bersama kedua jenis sambal yang diberikan. Kurangkan jumlah nasi, banyakkan jumlah lauk dan sayuran. Kami sarankan lauk telur, kambing dan daging. Elakkan memakan seafood semasa berbuka puasa.
  4. Setelah makan, JANGAN minum air. Jarakkan lebih kurang 30 minit terlebih dahulu.
  5. Setelah 30 minit, sila minum 1-2 sudu Minyak Zaitun & Habba Sauda.
  6. Kemudian minum 2-3 sudu MCT Oil.
  7. Setelah itu baru boleh minum air putih.

 

PENTING: Sewaktu berbuka puasa, elakkan minum air setelah makan. Sila minum air sebelum mula makan agar perut terisi dengan air terlebih dahulu bagi meransang perut cepat rasa kenyang dan tidak makan berlebihan. Pastikan anda makan bersama cili dan sambal pedas agar meransang metabolisma tubuh anda. Elakkan minum air setelah makan. Hanya minum air setelah sekurang-kurangnya 30 minit setelah makan agar memberi ruang perut bekerja menghadam makanan lebih cepat. Dengan cara ini, makanan yang dimakan lebih mudah dihadam dan perut tidak terlalu penuh.

 

Sila pastikan anda menjaga pantang larang yang telah BK ajarkan. Berikut adalah senarai pantang larang jika mahu kekal sihat dan kurus…

  1. Gula – Segala jenis gula dan semua jenis pemanis tiruan adalah dilarang sama sekali mengambilnya.
  2. Gluten – Semua jenis makanan berasaskan gluten hendaklah dijauhi. Jangan berbuka puasa dengan aneka kuih muih manis dan bergluten. Elakkan murtabak.
  3. Processed Food – Elakkan memakan semua jenis makanan berproses berat seperti nuget, hotdog, sosej, lokcing, colek, dan seumpamanya. Elakkan juga makanan mengandungi pewarna tiruan yang tinggi seperti kuih muih berwarna-warni.
  4. Semua jenis susu berproses dan cheese tiruan – Makanan berasaskan susu yang berproses dan cheese tiruan mengakibatkan lemah penghadaman perut lalu boleh mengakibatkan berlakunya gastrik dan sakit perut yang mana akan membuatkan anda menjadi banyak makan sehingga mudah sakit dan cepat naik berat badan.

Sila pastikan anda baca, ulang dan fahami pantang larang yang diajarkan ini agar dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan baik sepanjang bulan Ramadhan. Sebarang masalah sila hubungi BK atau rujuk group support.

 

Terima kasih.

21 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Share with friends and family!